Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
RM24.00 RM28.00
Uthmaniyah Di Hujung Jari - Patriots Publishing
End In :
Price RM24.00 RM28.00
Brand Patriots Publishing
Size (L x W x H) 21 cm x 15 cm x 5 cm
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

“Cuba menakluki Baghdad itu adalah jauh lebih indah daripada Baghdad itu
sendiri.” — Sultan Murad IV
Bermula daripada segerombolan pelarian perang yang nomadik, mereka mendaki
hierarki menjadi sebuah kerajaan beylik yang kecil, hinggalah berjaya meletakkan
pusat mereka di antara Eropah dengan Asia, sekali gus bangkit sebagai salah
satu kuasa dunia yang terpenting di Eropah Timur. Bangsa ini mungkin menjengkelkan
tetapi bangsa ini bangsa yang tidak takut kalah.

Bayangkan bagaimana keadaan Eropah hari ini jika Uthmaniyah tidak pernah
berdiri di Anatolia. Eropah hanya lebih “bertamadun” setelah munculnya kerajaan
Islam tunggal di rantau mereka itu.
Malahan sayap mereka tidak hanya terhad di Eropah semata-mata. Mereka pernah
menundukkan Amerika Syarikat tanpa perlu bertempur di Afrika Utara.
Mereka pernah menyumbang senjata, kekuatan dan ilmu di Aceh. Mereka dianggap
sebagai wira tidak didendang di Ireland.

Naskhah ini mengumpulkan himpunan bahan bacaan yang terbaik untuk dipelajari
bersama-sama tanpa prejudis. Uthmaniyah adalah sebuah entiti yang sewajarnya
diberi kredit dari segi pencapaian dan sumbangan terhadap dunia Islam.
Namun, patut dikritik di atas apa jua kesilapan dan kezaliman yang dilakukan
kerana selepas Rasulullah SAW meninggalkan umatnya di dunia ini, sudah tiada
lagi pemimpin Islam yang sempurna.
“Jika dunia ini diperintah oleh satu kuasa tunggal, nescaya ibu kotanya berada di
Istanbul.” — Napoleon Bonaparte