Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
RM24.00 RM28.00
The Human's Complex - Patriots Publishing
End In :
Price RM24.00 RM28.00
Brand Patriots Publishing
Size (L x W x H) 21 cm x 15 cm x 5 cm
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Mengenai buku
Minda, pemikiran dan tingkah laku manusia merupakan satu “daerah” yang masih lagi belum
diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya
sungguh rumit sekali. Cabang pengajian tentang minda manusia dikenali sebagai psikologi;
merangkumi kajian tentang minda, cara ia berfungsi dan bagaimana proses minda (dalaman)
tersebut mempengaruhi kelakuan atau personaliti seseorang (luaran).
Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula
dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia
adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat
beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda
berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam
jantung manusia.
Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global
Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka
dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk
merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National
Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah
diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.
Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia
melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi.
Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita
bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad