Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Latest Products
Sort by
Show result

1) EKSKLUSIF KAD TERIMA KASIH DENGAN TANDA TANGAN PENULIS

2) SESI VIRTUAL MEET & GREET BERSAMA PENULIS ADLIL RAJIAH

3) SET KOTAK EKSKLUSIF

 4) 4 BUKU TULISAN ADLIL RAJIAH

5) POSTER REWARD CHART (A3, BERWARNA)

6) 4 PENANDA BUKU

7) STICKER QUOTES

RM165.00
RM179.00

PERCUMA PENANDA BUKU

Tajuk : How's Your Day So Far

ISBN : 978-967-2250-90-6

Penulis : Adlil Rajiah

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.

Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

 

Sinopsis:

Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,

tapi sebab kita lupa,

yang menguruskan hidup ini bukan kita,

tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

RM23.50
RM25.00

Tajuk: Parents, Welcome To My World

ISBN: 9789672250470

Penulis : Adlil Rajiah

Penerbit : Must Read

Tahun Terbitan: 2021

Muka Surat: 355

Halaman: Berwarna

Format: Softcover

Berat (kg): 0.40 kg

Dimensi (cm): 19 cm x 13.5 cm x 2 cm

 

 

SINOPSIS

 

Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

 

Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

 

Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.

Selami perasaan mereka.

Dengar luahan mereka.

 

Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum 'takhta' itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

 

Walau senaif-naif soalan anak bertanya, "Mama, are you okay?" Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

 

RM41.50
RM45.00

Anak tertumpahkan air,marah.

Anak conteng dinding, marah.

Anak lambat membaca, marah.

Semua benda pun nak marah.

Cuba tarik nafas, hembusss....

RM35.00
RM39.00

Tajuk : 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna

ISBN : 978 967 225 0890

Penulis : Adlil Rajiah

Halaman : 480 muka surat

Berat : 800 gram

 

Sinopsis:

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

RM46.00
RM50.00

Sinopsis/Sari Ransang

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.

Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehinggadatang mereka yang mendakwa - kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. 

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. 

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

RM60.00

Siapa Teme Abdullah? 

 

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.

 

Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

 

Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.

RM60.00

Kombo 4 Siri Jalanan : Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan dan Signature Jalanan

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8.5”
ISBN-13: 9789832423294
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.27

Penulis: Teme Abdullah
===========================

 

KISAH SI PELUKIS JALANAN

  • Dapat biasiswa ke luar negara
  • Terkandas di A-Level
  • Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
  • Kerja di fast food restaurant untuk survive
  • Bank account balance = $0
  • Ditikam belakang oleh rakan sekelas
  • Sebulan makan nasi + telur + garam
  • Mula melukis di jalanan
  • Lukisan mula menempah nama di Instagram
  • Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

 

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.” - Teme Abdullah

RM121.00

Review

Tuan Direktur ialah novel pertama daripada Buya HAMKA yang telah saya berjaya mengakhiri pembacaannya. Penulisan Buya HAMKA memang sangat halus dan penuh dengan nasihat yang tulus.

Novel ini sangat memberi saya pengajaran akan hakikat kekayaan hidup yang sebenarnya. Nyata, kekayaan sebenar bukanlah kekayaan wang ringgit seperti yang selalu difikirkan oleh orang kebanyakan, tetapi kekayaan budi itulah kekayaan hakiki. Tidak salah untuk kita mencari pekerjaan dan mengejar kekayaan kerana manusia itu sendiri dituntut untuk bekerja mencari rezeki. Namun, yang salahnya ialah apabila cita-cita asli (bekerja bagi membantu penghidupan diri dan masyarakat) ditenggelami oleh cita-cita mengejar wang dan kekayaan yang bersifat sementara.

Insya-Allah, saya bakal membelek siri-siri novel daripada Buya HAMKA yang seterusnya.

- Muhaimin Safaruddin

RM12.50
RM13.00

Review

Kisahnya ringkas tapi terkesan di hati. Nampaknya memendam cinta juga boleh jadi sakit yang parah. Dan lebih sakit lagi kerana cinta ini tidak bertepuk sebelah tangan. Hanya saja tidak terluah dengan kata-kata kerana menjaga adab dan darjat. Begitu kisahnya cinta Hamid dan Zainab. Aduhai, kisah cinta yang sedih. -Ras

RM11.80
RM12.00

Antara reviews daripada goodreads mengenai buku Ayahku:

"HAMKA menulis ini dengan penuh berhati-hati. Dapat dirasai kasih sayang seorang anak dalam tulisannya. Buku ini penuh dengan sejarah dakwah Nusantara di Indonesia dan sedikit di Malaysia. Saya sangat terkesan dengan pengorbanan dakwah ulama zaman dahulu melawan penjajah dan sedikit sebanyak mengerti kepelbagaian ulama di dunia ini." (Aimi)

"Amat mengagumkan cara Prof HAMKA mengolah riway hidup ayahnya itu. Dikisahkan perjuangan kaum Tarikat Nasqibadiyah, perjuangan kaum muda dan tua. Diceritakan juga perjuangan Muhammadiyah, komunis, ulama kerajaan, semasa pemerintahan kaum adat, Belanda, dan Jepun." (Hifzan)

"Buku biografi yang bagus tentang perjuangan seorang tokoh dalam menegakkan syiar Islam di Sumatera hasil tulisan Hamka. Perkisahan tentang Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau dr. H.A.K. Amrullah iaitu ayahnya sendiri; melalui kaca matanya serta orang terdekat ayahandanya." (Anem Arnamee)

RM23.40
RM26.00

==============

Tajuk: Merantau ke Deli
ISBN: 978-967-411-476-3 
Penerbit: Publishing House
Penulis: Hamka
Tahun Terbitan: Cetakan Ketujuh 2019
Muka Surat: 232
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.170
Dimensi (cm): 18.4cm x11.5cm x1.5cm
===============

 

Sinopsis

Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.

Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?

 

 

Review

Karya Hamka tak pernah mengecewakan penulis. Membaca Merantau Ke Deli umpama merantau ke dalam jasad watak-watak yang direkanya di dalam cerita ini. -Muhammad Fahmi

RM14.50
RM15.00

Tajuk : Ustazah Basikal - Nekad Ke Makkah #

ISBN :978967176108

Penerbit : Art Venture

Penulis : Ahmad Isa

Muka Surat: 708 m/s

Berat (Kg): 1.169

Dimensi (Cm) : 14.8 x 20.9 x 3.1



SINOPSIS:

La haula wala quwwata illa billah.

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.

Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.

RM178.00

KOMBO Karya Dr Rozanizam : AKU NABI ISA & PSIKOLOGI SI KECIL

dengan harga istimewa!

RM45.00
RM50.00