Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Novel
Novel
Sort by
Show result

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku.Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan.Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat.Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.Kayra hanya mampu menangis.Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen..

RM34.90
RM36.90

Buku ini dipenuhi pelbagai aktiviti. Anda boleh mengisi tempat kosong, menjawab kuiz untuk mengetahui siapakah sahabat sejati anda dan memegang peranan sebagai perancang senarai lagu dan persalinan untuk persembahan konsert yang sempurna. Tuliskan surat kepada setiap ahli BTS atau pilih video muzik kegemaran. Setiap halaman diilustrasikan oleh peminat sebenar, menjadikan buku ini sebuah koleksi peribadi yang merakamkan kenangan anda bersama-sama tujuh jejaka kebanggaan Korea Selatan.

RM16.90
RM20.00

BTS: Bangtan Sonyeondan (Bulletproof Boy Scouts)

BTS: Icon of K-Pop melakarkan perjalanan tujuh anak muda dari Korea Selatan, dari saat debut hingga menjadi fenomena sensasi yang menggegarkan dunia dan media sosial. Buku ini membongkar asal usul setiap ahli, keunikan muzik yang mereka persembahkan serta faktor yang membezakan mereka daripada yang lain, yang menyaksikan mereka mencapai kegemilangan di peringkat global.
 

RM19.00
RM25.00

BTS dan ARMY ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan. ARMY umpama sayap yang membawa BTS ke puncak kejayaan. BTS membalas sokongan ARMY dengan menyediakan pelbagai konten dan acara yang mengeratkan hubungan antara mereka. Sinergi antara keduanya menjadi inspirasi untuk menghasilkan pelbagai karya kreatif, mencetuskan keberanian bersuara, melibatkan diri dalam pergerakan sosial seperti projek kebajikan dan kesedaran serta membangkitkan minat untuk menelaah bahan bacaan berat yang menjadi inspirasi di sebalik karya yang membawa mesej tentang menyayangi diri sendiri.

RM30.00
RM35.00

Sinopsis

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
 

RM36.90
RM38.90

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

RM30.00
RM32.00

"Tetapi entahlah Puan. Kenapa ujian ini datang berturut-turut? Kenapa Alllah ambil sesuatu dari saya di saat saya memerlukan sesuatu untuk bergantung harap?"

Hanya tidak sampai beberapa bulan kehilangan suaminya, Iman diuji lagi. Kali ini ujian yang diterima begitu menggoyahkan keyakinan hatinya
 

RM28.50
RM30.00

Cinta bertepuk sebelah tangan, kenapa nasib aku begini?
Abang long! Omar tu milik Husna. Tak ada siapa boleh rampas Omar dari Husna. Orang yang Omar cinta Husna, bukan Mariam. Anak angkat tak guna tu ada hati nak ambik Omar dari Husna. Cermin diri tu dulu.
Bagi MARIAM, niatkan menggantikan tempat Husna semata-mata ingin menjaga hubungan semua pihak. Biarlah dirinya berkorban berkali-kali walaupun pengorbanannya sedikit pun tidak dipandang oleh Husna. Memang diam-diam dia mencintai Omar, tapi apa gunanya kalau hanya bertepuk sebelah tangan?
Akhirnya Mariam merawat lukanya jauh di utara semenanjung Malaysia. Namun tanpa disangka, jantungnya sekali lagi berdegup kencang apabila melihat seorang lelaki. Bertahun-tahun mencintai Omar, yang hairannya, kenapa cepat sangat jantungnya mencari sasaran pengganti?
Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung ni degup laju macam ni? Jangan cari pasal, cik jantung oiii! - MARIAM

RM27.50
RM29.00

Format: Paperback
ISBN-13: 9789832423560
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama April 2018
Jumlah Muka Surat: 347
Berat (Kg): 0.268
Penulis: Teme Abdullah

RM26.50
RM30.00

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Hey korang... It''s me, Teme Abdullah.

Macam ni;

Hari tu aku terbaca satu kenyataan di media sosial. Kenyataan tu berbunyi, 'melukis memang tak boleh buat duit', 'jadi artis ni tak ada masa depan', 'siapa yang ada cita-cita nak jadi pelukis tu batalkanlah niat', melukis ni tak ke mana'.

RM30.00
RM33.00

BTS dan ARMY ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan. ARMY umpama sayap yang membawa BTS ke puncak kejayaan. BTS membalas sokongan ARMY dengan menyediakan pelbagai konten dan acara yang mengeratkan hubungan antara mereka. Sinergi antara keduanya menjadi inspirasi untuk menghasilkan pelbagai karya kreatif, mencetuskan keberanian bersuara, melibatkan diri dalam pergerakan sosial seperti projek kebajikan dan kesedaran serta membangkitkan minat untuk menelaah bahan bacaan berat yang menjadi inspirasi di sebalik karya yang membawa mesej tentang menyayangi diri sendiri.

RM55.00
RM80.00

Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!

Hoi! Hanani Nuha

Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan! Adwan Firdaus

RM25.50
RM27.00

SINOPSIS Athena neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.

Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.

RM26.50
RM28.00

"Adakah saya...masih lagi manusia?"

"Athena, yang membuatkan kita manusia atau tidak bukanlah keupayaan fizikal kita sahaja."

"Habis tu apa?"

" Kemanusiaan"

RM26.50
RM28.00