Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
RM24.00 RM28.00
Kronikel One Piece - Sejarah di Sebalik Manga
End In :
Price RM24.00 RM28.00
Brand Patriots Publishing
Size (L x W x H) 21 cm x 15 cm x 5 cm
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Mengenai buku

“Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti
kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang.” – Gol D. Roger Si Raja Lanun
Seiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapangan
ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang menggulung
setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudian bebas diteroka. Jalan laut
yang rancak dibuka sekaligus kian membudaya perdagangan maritim sehingga terbentuknya
kuasa-kuasa talasokrasi yang saling berebutkan kemasyhuran, harta-benda dan tampuk pemerintahan
dunia.

Percaturan geopolitik ini menuntut setiap kuasa besar untuk menubuhkan armada perang
tersendiri. Persenjataan laut juga tidak ketinggalan mengalami kemajuan dari semasa ke
semasa, lebih-lebih lagi pada era peralihan dari Dunia Lama ke Dunia Baru. Arena pergelutan
di lautan ini tidak hanya melibatkan kelas tentera sahaja, tetapi turut direncahkan dengan
kehadiran para lanun yang membawa aneka misi dan personaliti.
Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hinggalah
mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititipkan
oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetuskan
sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.

Meneladani budaya pemahir-pemahir teori siri ‘Budak Getah’ sambil seupaya mungkin
menuruti piawai penulisan akademik, naskhah ini cuba menguis langsir hiburan dan
menyuluhkan lensa ke arah dua pemain teater ilmiah dalam magnum opus Eiichiro Oda ini;
iaitu sejarah dan biografi dunia lanun.