Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
RM76.70 RM90.00
[KOMBO] Ubah Hati : Ubah Patah Hati Jadi Prestasi (Set Kotak) & Ubah Lelah Jadi Lillah
End In :
Price RM76.70 RM90.00
Brand PTS Publication
Size (L x W x H) 23 cm x 16 cm x 10 cm
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Kombo 2 buku:

1 x Ubah Patah Hati Jadi Prestasi (Set Kotak)

1 x Ubah Lelah Jadi Lillah

Ubah Lelah Jadi Lillah

oleh Dwi Suwiknyo

terjemahan oleh Nor Azilawati binti Hj. Mat IsaDr. Zanariah binti Hj. Mat Isa

Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup, terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah SWT pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan?

Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang yang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah SWT. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah.

Prinsip pertama: Pastikan aktiviti kita terarah.

Prinsip kedua: Pastikan apa yang kita kejar dan usahakan di dunia ini mampu membawa kita kepada keberkatan.

Prinsip ketiga: Berusaha kuat supaya hidup kita mampu menghasilkan kebaikan kepada masyarakat.

Prinsip keempat: Semua akan mudah dicapai apabila kita sudah berniat dan bertekad untuk llillah (kembali pada aturan Allah SWT ) dari awal.

 

Ubah Patah Hati Jadi Prestasi

Sebuah set premium yang mengandungi beberapa item menarik, seperti:

- 1 Buku Ubah Patah Hati, Jadi Prestasi

- 1 Kotak jenis slip case yang kemas dan mengekalkan kualiti buku.

- 1 Bookmark

- 1 Surat Cinta Khas daripada Ustaz Addien Abdul Kadir

 

Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati.

Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif pula. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah.

Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik.

Ayuh ‘move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita. Selak dan baca buku ini sehelai demi sehelai. Fikirkan setiap pesanan dan ulasan yang dipersembahkan, dan muhasabah diri di halaman khas pada setiap akhir bab. Semoga senyuman kembali menceriakan wajah kita, seperti cerahnya sinaran matahari yang indah.

Ubah patah hati jadi prestasi!