Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Latest Products
Sort by
Show result

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

RM9.80
RM10.00

Siapa pula yang ada di dalam dewan tu? tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang!

RM9.80
RM10.00

Amanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya.

Cikgu, tengok Amanda! jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas.

RM9.80
RM10.00

Tiba-tiba kain putih yang melekap di tingkap terbang melayang pergi. Mimi dan Julia saling memandang. Alhamdulillah, ucap Julia sedikit lega. Namun, apabila Julia mengalihkan pandangan ke hadapan semula, sekali lagi dia menjerit lantas menekan pedal brek rapat ke lantai. Berderit bunyi tayar kereta menggeser jalan. Enjin kereta tiba-tiba mati.

Di hadapan kereta sewa mereka, ada bungkusan putih yang berpunjut dan berdiri tegak di situ.
Puchong, ujar Julia perlahan dengan suara yang menggeletar.

RM9.80
RM10.00

Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.

Suara? Riak muka Fahrin berubah.
Hisyam mengangguk. Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil. Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya.
Suara apa?

RM9.80
RM10.00

Sinopsis

"APA YANG BERADA DI PUNCAK RANTAI MAKANAN?" TANYA CIKSU NIDA DENGAN LANTANG.

"ZIANA ZAIN! SAHUT SEORANG PELAJAR DI MEJA BELAKANG.

"LAWAK KAMU DAH BASI. JAN! ZIANA ZAIN TU PUNCAK KASIH. SAYA HARAP KAMU DAPAT LAKUKAN LEBIH BAIK PADA MINGGU HADAPAN. ITU PUN KALAU KAMU TIDAK TERSINGKIR PADA MINGGU INI, JAN." JAWAB CIKGU NIDA DENGAN GAYA JURI RANCANGAN PERTANDINGAN HIBURAN DI TV. SELURUH KELAS BERDEKAH. JAN PULA SENGIH TERSIPU-SIPU.
RANCANGANNYA UNTUK MEMBUAT PUNCHLINE TELAH GAGAL.

RM9.80
RM10.00

Sinopsis

Ketika Lara sedang tekun menyental lantai, tiba-tiba bunyi air mengalir daripada pili kendengaran. Dia melepaskan keluhan kasar. Waktu dia sedang membersihkan tandas, ada pula orang yang suka-suka hati masuk ke dalam tandas itu. Dia berpaling ke arah singki untuk menegur. Tetapi mulutnya terkunci apabila mendapati tiada sesiapa pun yang berada di situ.

RM9.80
RM10.00

Kerana degil, seorang penduduk melangsungkan majlis perkahwinan anaknya tanpa menghiraukan pandemik Covid-19 yang sedang melanda. Ditakdirkan pasangan pengantin telah pun dijangkiti dan virus maut itu mula tersebar peada tetamu yang bertandang.

RM9.80
RM10.00

Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran.

RM9.80
RM10.00

Langkah Aziz mati serta-merta apabila terlihat seorang wanita sedang berdiri di hadapan mesin taip antik di dalam kafe itu. Aziz hairan kerana tiada sesiapa di dalam ruang makan kafe ini sebentar tadi melainkan dirinya seorang sahaja. Dia memandang sekilas ke pintu masuk. Loceng yang ada di pintu itu pasti akan berbunyi setiap kali pintu dibuka. Tetapi, dia tidak mendengar apa-apa pun tadi. Saya minta maaf, puan. Kafe kami belum buka lagi.

RM9.80
RM10.00

Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita! Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!
 

RM9.80
RM10.00

Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?

Dah, beres. Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut.

RM9.80
RM10.00

Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya..

RM9.80
RM10.00

Review

Tiga bintang secara puratanya untuk puaka lebuh raya ni. 3.5 untuk kisah pertama, 3 untuk yang kedua dan 2.5 untuk yang terakhir. Idea yang menarik untuk ketiga-tiganya dan tidak membosankan. Kipidap!! - BadrulHadza

RM9.80
RM10.00

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

RM9.80
RM10.00

Misteri kehilangan Nasha di sebuah terowong lama yang dikatakan keras telah menggemparkan penghuni Taman Sri Selasih. Kisah-kisah menyeramkan mengenai terowong lama itu mula diperkatakan kembali. Malahan sejak Nasha hilang, Lina yang merupakan rakan baiknya mula berkelakuan pelik lantas mengundang persoalan terutamanya kepada Azli dan ahli korumnya.

RM9.80
RM10.00