Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Latest Products
Sort by
Show result

Rasai keunikan enam jenis herba yang diadun dalam 111 resipi dan semuanya dihimpunkan dalam sebuah buku. Herba-herba yang digunakan senang didapati dan pasti menambahkan kelazatan dalam masakan.
Dimuatkan lebih daripada 150 gambar penyediaan dan tip-tip masakan yang menjamin resipi ini gerenti jadi! Resipi kreatif oleh Chef Hanieliza membantu kita merancang menu harian berdasarkan jumlah hidangan.
 

RM26.00
RM29.00

Karya ke 43 Chef Norzailina Nordin ini menjanjikan kelainan kerana di dalam buku ini mengandungi himpunan resipi kek, biskut, manisan dan kudapan. Pembaca tidak perlu tercari-cari resipi yang diperlukan di dalam buku-buku yang berlainan. Di samping itu Chef Norzailina juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati. Penyediaan yang disertakan dengan gambar langkah demi langkah dapat membantu pembaca menyediakan resipi yang diidamkan.
Selamat mencuba!

RM25.00
RM27.00
RM19.00
RM25.00

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memasak. Tanpa periuk yang canggih, pelbagai masakan yang enak dapat dihasilkan. Chef Hanieliza tampil dengan buku resipi terbaru bertajuk 77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker.

RM25.00
RM27.00

Skandal di Bohemia

Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima kunjungan daripada seorang lelaki bertopeng yang mahukan kembali gambarnya bersama seorang penyanyi opera yang jelita bernama Irene Adler kerana khuatirkan ugutan wanita itu. Daripada kes yang dianggap mudah, Sherlock Holmes tidak menyangka dia akan dikalahkan oleh seorang wanita!

RM9.80
RM10.00

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
 

RM28.00
RM30.00

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi macam orang lain."

RM31.00
RM33.00

SINOPSIS Athena neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.

Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.

RM26.50
RM28.00

"Adakah saya...masih lagi manusia?"

"Athena, yang membuatkan kita manusia atau tidak bukanlah keupayaan fizikal kita sahaja."

"Habis tu apa?"

" Kemanusiaan"

RM26.50
RM28.00

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Hey korang... It''s me, Teme Abdullah.

Macam ni;

Hari tu aku terbaca satu kenyataan di media sosial. Kenyataan tu berbunyi, 'melukis memang tak boleh buat duit', 'jadi artis ni tak ada masa depan', 'siapa yang ada cita-cita nak jadi pelukis tu batalkanlah niat', melukis ni tak ke mana'.

RM30.00
RM33.00

To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ' belajarlah kerana Allah' setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

RM28.00
RM30.00

Fuh! Nasib baik budak-budak JPAM ada. Maya menarik nafas lega.
Ma Maya. Itu tu bu bukan budak-budak JPAM. Tergagap-gagap Nita bersuara.
Apa kau mengarut ni? Itukan kawan-kawan kawad kau. Marilah kita ke sana. Maya tetap berdegil. Tanpa ragu-ragu dia melangkah ke arah barisan kawad yang tegak berdiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bahasa asing yang tidak dia fahami. Bukan itu sahaja, pakaian mereka jauh berbeza daripada uniform JPAM yang biasa dikenakan Nita. Mereka memakai uniform berwarna hijau muda, lusuh dan koyak-rabak. Uniform tentera Jepun Perang Dunia Kedua!
 

RM9.80
RM10.00

Bunyi seperti guli bergolek itu sudah hampir sejam. Akhirnya kesabaran Halim hilang. Dia bangun dan mahu ke stor mencari tangga. Dia mahu melihat sendiri apa yang asyik bergolek di atas siling rumah.

Di luar bilik, dia melihat Jamali dan Saharil sedang berada di ruang tamu. Wajah mereka mengantuk dan tidak puas hati.

Hah, Halim kau pun bangun juga? soal Jamali yang terlihat masih bingung.

RM9.80
RM10.00