Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Books/Comics/Novel
Books/Comics/Novel
Sort by
Show result

ajuk: Don’t Worry, Allah Lebih Tahu Yang Terbaik
ISBN: 978-967-369-554-6
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Miftahul Asror Malik
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 192
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.199
Dimensi (cm): 19.3 x 13.5 x 1.5

Sinopsis

Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? Di dalam buku ini, ada jawapannya.

RM21.00
RM25.00

Tajuk: Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah #2 - Tahap Dua

ISBN:978-967-411-316-2 

Muka Surat: 128

Saiz: 5.5 x 8

Berat (KG): 0.13

RM7.50
RM7.90

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 978-967-411-727-6
Tarikh Terbit: 14 Dec 2015
Jumlah Muka Surat: 112
Berat (Kg): 0.11
===========================

SINOPSIS

Ikuti kisah-kisah lucu pelajar sekolah seperti Ahmad Saiful, Abu Jimi, Sunter, Ah Moi, Karupalai, dan rakan-rakan di sekolah mereka dalam Lawak Budak Sekolah #3. Tidak dilupakan beberapa watak baru seperti Hasbullah Bawang, Abang F, dan lain-lain.

RM7.50
RM7.90

Meneruskan legasi siri Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah ciptaan Allahyarham Kartunis Poyo.

Jilid keenam ini menampilkan seorang watak guru baru yang kelakar dan gila-gila.

Siapakah dia?

RM7.50
RM8.00

Ilmu adalah kuasa.
Bahasa adalah simbolik.
Geografi adalah takdir.
Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan
tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan
kefahaman antara satu sama lain.
Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk
kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus
berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.
Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan
catatan penulis sepanjang setahun yang lepas tentang geopolitik dan
hubungan antarabangsa.

RM24.00
RM28.00

Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan
orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang
dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi
liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran
hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin ‘strongman’, dasar
perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.
Apa yang berlaku kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang
digempar-gempurkan pada tiga dekad kebelakangan ini? Adakah orde
dunia baharu yang akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, atau sebaliknya?
Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik, yakni KUASA, GEOGRAFI
dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan besar
tentang hubungan antarabangsa masa kini.

RM24.00
RM28.00

30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989
yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia
yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti
oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran
akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan
kemunculan ultranasionalisme.
Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun,
hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum
berikut:
“Musuh kepada musuh adalah kawan”
“Tiada musuh atau kawan yang kekal”
“Geografi adalah takdir”
Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan
IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab
di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.

RM24.00
RM28.00

Penulis: Azraei Muhamad
Penerbit: Write & Brave (Terfaktab Media)
Tahun Terbit: September 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Bukan Fiksyen, Ekonomi, Sosial
ISBN: 9789671597279
Ketebalan: 239 m/s
Format: Soft cover


Ada apa dengan enam angka menjelang dua puluh lima?

Ia bukan tentang destinasi, tetapi tentang perjalanan yang membuka mata.

Untuk enam angka yang seterusnya, berapa tahun pula akan diambil?

5 tahun?

10 tahun?

Selepas berkayuh mengejar horizon dan impian, Azraei Muhamad kini dalam misi baharu untuk mencapai enam angka pendapatan pula.

Travelog kewangan diteruskan lagi dalam #SekuelEnamAngka ini. Selamat membaca!

"Orang yang rajin, tidak akan miskin."

RM24.00
RM28.00

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami.

 

Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.

RM33.50
RM35.00

Tajuk: Escape the Rat Race
ISBN:978-967-411-561-6
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Robert Kiyosaki
Tahun Terbitan: Cetakan Kedua, 2016
Muka Surat: 72
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.120 KG
Dimensi (cm):23CM X 15.4CM X 0.5CM

 

RM11.00
RM11.90

Author: HAMKA
Publisher: Jejak Tarbiah Publication
Year: 2020 (Cetakan pertama)
Language: Bahasa Melayu
Pages: 92
Weight: 126g

 

Penegasan berulang kali di dalam Al-Quran mengenai pengisytiharan permusuhan terhadap syaitan membawa makna yang besar dan penting untuk ditekuni.

 

Krya Hamka ini diluncurkan semula ke tengah masyarkat dengan tujuan supaya umat Islam yang kini saling bercakaran kembali mengenal musuhnya yang hakiki, iaitu syaitan.

 

Syaitan adalah musuh manusia yang wajib dimusuhi dan diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan.

 

Hamka melalui helaian karya ringkas ini cuba mengingatkan kita perihal Tazkiyatun Nafs atau aspek penyucian jiwa yang sangat diperlukan manusia.

 

Membaca naskah ini ternyata mampu membuka mata betapa hati jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih. Jangan sesekali buka pintu atau lubangnya kepada syaitan. Jika sekali terbuka, pasti bencana hasutannya akan menjengah masuk dengan deras.

RM25.00

Mengenai buku


Telah banyak manusia ketahui tentang isi kandungan alam semesta
dari lohong hitam, bintang-bintang dan galaksi-galaksi hinggalah sifat
ruang-masa yang amat unik. Namun, lebih banyak rahsia yang masih
belum diketahui lebih-lebih lagi misteri tenaga gelap, jirim gelap dan
ramalan penghancuran alam.
Sekecil-kecil dunia kuantum telah menjadi dasar untuk memahami realiti
dan blok-blok asas ciptaan. Dunia kuantum meneroka daya-daya dan
tenaga yang menjadi jentera untuk menggerakkan pelbagai jenis fenomena
alam yang menakjubkan.


Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai
visi yang mengagumkan, daripada membina tamadun galaksi,
menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah
aspirasi mencari tamadun asing.
“Saya teruja kerana buku ini mengandungi isian yang mantap dan berlandaskan
pengetahuan fizik yang kukuh serta bukan sekadar sentuhan pada permukaan
sains sahaja. Ia mantap dan padat, namun ditulis dalam cara yang mudah difahami
bagi yang bukan ahli.” — Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah

RM24.00
RM28.00

Tajuk : GENG BAWANG SEKOLAH - ADIOS GIRL SCHOOL

ISBN : 9789674495596

Penerbit : Ana Muslim Sdn Bhd

Penulis : Duha

Muka Surat : 160 m/s

Halaman : Hitam Putih

Berat (Kg): 0.150

Tahun Terbit : 2020

Format : Paperback

Dimensi (Cm) : 19 cm x 12.5 cm x 1 cm

RM12.50
RM12.90

Tajuk : GENG BAWANG SEKOLAH - AISH... TAK BOLEH JADI NI

ISBN : 9789674495602

Penerbit : Ana Muslim Sdn Bhd

Penulis : Duha

Muka Surat : 160 m/s

Halaman : Hitam Putih

Berat (Kg): 0.150

Tahun Terbit : 2020

Format : Paperback

Dimensi (Cm) : 19 cm x 12.5 cm x 1 cm

 

SINOPSIS: 

* Siapa kata jadi Presiden Geng Bawang Sekolah ni seronok? Disebabkan aku terpaksa menjadi wartawan nombor satu sekolah, maka aku telah menjadi pelajar senior paling loser! Dan ini misi aku. Misi mengejar gelaran senior paling cool abad ini!

* Nak jadi cool, mestilah kena sertai banyak persatuan. Aku rasa, bakat aku mengetuk tempurung boleh diketengahkan dengan mengetuk snare drum. Ah, belasah jelah!

* Aku juga cuba menjadi atlet memanah sekolah. Tapi... Entah macam mana panahan aku asyik tersasar ke hati abang-abang senior. Oops, sorry!

*Aishh.. Tak boleh jadi ni. Aku syak aku hanya menjadi bahan eksperimen Geng Bawang Sekolah! Korang rasa, misi aku kali ini akan berjaya tak? Kalau nak tahu, silalah baca kisah perjuangan aku dalam mencapai misi senior paling cool abad ini!

RM12.50
RM12.90

“Pendidikan memerlukan pengorbanan, Bu. Pengorbanan itu nilai tetap, konstan, tak boleh .

RM26.90
RM28.00

SINOPSIS / SARI RANSANG

Menjelang separuh masa sebelah pagi, pergaduhan pertama bermula: "Siapa yang mencuri pensel saya?"... "Ke tepi sedikit!"... "Tutup mulut kamu. Saya cuba hendak mendengar cikgu bercakap!"

Saya berpura-pura tidak mendengar dan meneruskan pengajaran, namun letusan itu terus berlaku, "Mengapa saya perlu duduk di sebelah dia?"... "Saya tidak faham apa yang patut kita lakukan."... "Dia menumbuk saya!"... "Dia yang mulakannya!"

Antara topik menarik yang dibincangkan di dalam buku How To Talk So Kids Can Learn at Home and in School adalah:

     1. Bagaimana Mengendali Perasaan yang Mengganggu Pembelajaran

     2. Tujuh Kemahiran bagi Mengajak Anak Bekerjasama

     3. Keburukan Hukuman: Pilihan Lain yang Membawa kepada Disiplin Diri

     4. Menyelesaikan Masalah Bersama-sama: Enam Langkah Melibatkan Kreativiti dan komitmen Anak-anak

     5. Pujian yang Tidak Merendahkan Maruah, Kritikan yang Tidak Melukakan Hati

     6. Bagaiman Membebaskan Anak yang Terperangkap dalam Perwatakan Mereka

     7. Perkongsian Ibu, Bapa, Guru

     8. Penangkap Mimpi

Buku ini berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan.

Tiga tahun dan beberapa draf kemudian, apabila kami akhirnya memiliki manuskrip yang telah siap di tangan kami, kami semua berasa sangat berpuas hati. Kami telah meletakkan garis panduan yang jelas bagi How to Talk So Kids Can Learn—At Home and in School. Kami telah memberikan contoh-contoh yang konkrit berkenaan sikap dan bahasa dalam setiap teras proses pembelajaran. Kami telah menunjukkan bagaimana mencipta persekitaran emosi yang membuat kanak-kanak berasa selamat untuk membuka diri mereka kepada hal-hal yang baharu dan tidak dikenali atau tidak biasa. Kami telah menunjukkan bagaimana anak-anak dapat dikerah memikul tanggungjawab dan melatih disiplin diri. Kami telah berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan.

Kami benar-benar berharap idea-idea dalam buku ini akan membantu pembaca untuk memberi inspirasi dan mengupayakan anak-anak muda dalam hidup pembaca.

==================================================================================

RM25.00
RM30.00