Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Books/Comics/Novel
Books/Comics/Novel
Sort by
Show result

77 resipi pressure cooker

77 reesipi air fryer

RM37.00
RM47.00

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.
 

RM115.00
RM148.00

Manusia diciptakan hidup berpasangan antara lelaki dan perempuan. Kehidupan berpasangan ialah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Oleh itu, peribadi dan perangai berbeza antara lelaki dan perempuan. Kombo ini menceritakan bagaimana kita ingin mengenali pasangan kita supaya kita dapat mengelakkan selisih faham antara satu sama lain.

kombo ini mengandungi tajuk-tajuk:

1) WHY MEN DON'T LISTEN WOMEN & CAN'T READ MAPS: EDISI BAHASA MELAYU

2) Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini

RM43.00
RM68.00

Tajuk: Unfollow The Flow
ISBN: 978672459064
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Aiman Azlan
Tahun Terbitan: November 2020
Muka Surat: 202
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.215
Dimensi (cm): 21cm x 14.4cm x 1.5cm

RM29.00
RM30.00

'How do I remove my nervous feeling?'

Bad news is: You can't.

Good news is: You shouldn't

Nervousness is a sign that we value the thing we are nervous about. But, just like any other human feeling, nervousness can go haywire. It can hold us back from moving forward.

This book is not about removing nervousness. This book is about controlling it. And it all starts with our mind.


Inspire by countless anecdotes from young people with myriad self-confidence issues, Aiman wrote his book as a self-help guide to build self-confidence from scratch with proven parctical tips and tricks from scientific literature and personal experience.

RM29.00
RM30.00

Tajuk : 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna

ISBN : 978 967 225 0890

Penulis : Adlil Rajiah

Halaman : 480 muka surat

Berat : 800 gram

 

Sinopsis:

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

RM46.00
RM50.00

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''   
ISBN-13: 978-967-411-842-6
Tarikh Terbit: 15 May 2016
Jumlah Muka Surat: 176

Berat (Kg): 0.24

Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

===========================

 

Keistimewaan buku ini:

Dibahagikan kepada 6 segmen, iaitu:

  • Akidah
  • Ibadah solat
  • Akhlak
  • Al-Quran
  • Sunnah
  • Ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak

Dalil Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

Ilustarasi yang menarik.

RM17.50
RM18.00

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-335-1
Tarikh Terbit: 20 Apr 2016
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.19

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

===========================

Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa.

Jangan kau hinakan orang gila, kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya, sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.

RM14.80
RM15.00

Mengenai buku


Selain Alegori Gua (Allegory of the Cave), mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Socrates
pernah menggunakan matahari dan garis dibahagikan (divided line) sebagai analogi untuk
menerangkan idea falsafahnya. Malah ketiga-tiga alegori yang Socrates gunakan mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.
Untuk yang tidak mengetahui, Alegori bermaksud metafora yang menggunakan tempat,
watak, dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud
yang lebih luas.
Alegori secara praktikalnya telah digunakan secara meluas dalam sejarah dalam pelbagai
bentuk sebagai alat untuk menjelaskan konsep dan idea yang kompleks supaya mampu dihadam
oleh pembaca, pendengar atau pemerhati.
Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin
beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya.
Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:
“Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan
dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangkala
ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.
Tapi, aku cipta Naruto untuk beritahu generasi muda bahawa walaupun terdapat kesusahan dalam hidup,
kalian tetap akan dapat melaluinya. Selain itu, aku lebih gemar pembaca mencari sendiri apa yang mereka
dapat daripada Naruto.”
Maka, karya Naruto dapat menjadi medium yang baik untuk para pembaca mengenai sebahagian
idea falsafah.

RM24.00
RM28.00

ULASAN

Kalau diberi pilihan, inilah novel yang patut diadaptasi. Sepanjang membaca, asyik terbayang keindahan dunia fantasi Aristokra. Sebuah novel epik fantasi yang saya kira sama hebatnya dengan novel epik fantasi dari barat. Bahasa yang indah, olahan yang menarik dan sepanjang pembacaan, dada berdebar sama. - Farah Husain

RM22.50
RM25.00

disi Kemaskini

 

Daripada penterjemah:

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

  • Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
  • Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
  • Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
  • Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
  • Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
  • Syeikh Prof. Dr, Ali Jum'ah
  • Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
  • Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
  • Syeikh Dr. Ahmad Yusri
  • Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
  • Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
  • Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
RM42.99
RM49.00

SINOPSIS: 

 

“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.”

 

“Hah?” Tercengang Asil mendengarnya.

 

***

 

Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau.

 

Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah ketika itu.

 

Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal!

 

Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan.

 

Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan.

 

Asil mula tertanya-tanya. Mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?

RM9.80
RM10.00

Antara reviews daripada goodreads mengenai buku Ayahku:

"HAMKA menulis ini dengan penuh berhati-hati. Dapat dirasai kasih sayang seorang anak dalam tulisannya. Buku ini penuh dengan sejarah dakwah Nusantara di Indonesia dan sedikit di Malaysia. Saya sangat terkesan dengan pengorbanan dakwah ulama zaman dahulu melawan penjajah dan sedikit sebanyak mengerti kepelbagaian ulama di dunia ini." (Aimi)

"Amat mengagumkan cara Prof HAMKA mengolah riway hidup ayahnya itu. Dikisahkan perjuangan kaum Tarikat Nasqibadiyah, perjuangan kaum muda dan tua. Diceritakan juga perjuangan Muhammadiyah, komunis, ulama kerajaan, semasa pemerintahan kaum adat, Belanda, dan Jepun." (Hifzan)

"Buku biografi yang bagus tentang perjuangan seorang tokoh dalam menegakkan syiar Islam di Sumatera hasil tulisan Hamka. Perkisahan tentang Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau dr. H.A.K. Amrullah iaitu ayahnya sendiri; melalui kaca matanya serta orang terdekat ayahandanya." (Anem Arnamee)

RM23.40
RM26.00

Be Eshme Elohim merupakan medium penulis berbicara dengan jiwa-jiwa pembaca yang memerlukan sedikit simbahan rasa spiritual. Naskhah ini terlahir daripada inspirasi sebuah hadis, kisah tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan. Dia berimpian untuk menjadi ahli sihir agar dia dan ibu mampu hidup dalam kemewahan. Namun, pertemuan dengan “seseorang” telah mengubah kepercayaan hidupnya. Kini, dia sebaliknya berhasrat untuk mencari erti hidup sebenar dalam kejahilan raja dan masyarakatnya.

RM26.99
RM28.00

Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

RM23.90
RM25.00