Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Books/Comics/Novel
Books/Comics/Novel
Sort by
Show result

Ada orang cerita dengan aku, dulu ada seorang pelumba. Orang gelar dia Joe Highway. Dia ni memang hebat. Berlumba dengan siapa pun boleh menang. Ada orang cakap, satu kali tu, Joe berlumba guna motor RXZ, lawan dengan motor KRZ. Kalau ikut logik, memang cicir lima enam tianglah Si Joe tu, kan? Tapi tak jadi macam tu. Mamat yang bawa KRZ tu yang kena tinggal, cerita Mendan.

RM9.80
RM10.00

Masa aku buat air teh O tadi, aku terdengar bunyi orang mandi. Aku rasa pelik, siapa pula yang mandi? Kau orang berdua sedang solat. Aaron memulakan cerita. Jadi, aku ketuk pintu bilik air tu. Kemudian aku terdengar bunyi air paip ditutup. Lepas tu terus senyap, sambungnya lagi. Habis tu, kau tak cuba buka pintu? tanya Azim. Aku buka suis lampu dulu. Lepas tu perlahan-lahan aku buka pintu tu. Serius, beb masa tu bulu roma aku meremang! Bila aku masuk, memang aku terkejut sebab lantai bilik air kering saja, tak basah langsung! Aaron berhenti bercerita dan menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Hang tengah mamai tadi ni, Nizam menyampuk.

RM9.80
RM10.00

Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita! Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!
 

RM9.80
RM10.00

Aku pernah tengok satu cerita seram macam ni. Aku rasa kita sebenarnya dah mati! Mungkin kita mati berlanggar masa Guan potong lori tu! Dan kini roh kita merayau-rayau di tempat yang kita nak pergi... Taman Tema Teratai! ucap Bala dengan nada perlahan, hampir sedih dan sayu.

Pang! Haikal menampar Bala dengan kuat.

RM9.80
RM10.00

Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.

Suara? Riak muka Fahrin berubah.
Hisyam mengangguk. Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil. Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya.
Suara apa?

RM9.80
RM10.00

Raja Zairi terkejut apabila mendapat tahu pak long dan mak longnya mahu kembali ke Batu Gajah setelah perniagaan mereka di Kuala Lumpur gulung tikar. Raja Zairi terpaksa mengikut kerana selepas kematian ibu bapanya, hanya pak long dan mak longnya sahaja keluarga yang dia ada.

RM9.80
RM10.00

Misteri kehilangan Nasha di sebuah terowong lama yang dikatakan keras telah menggemparkan penghuni Taman Sri Selasih. Kisah-kisah menyeramkan mengenai terowong lama itu mula diperkatakan kembali. Malahan sejak Nasha hilang, Lina yang merupakan rakan baiknya mula berkelakuan pelik lantas mengundang persoalan terutamanya kepada Azli dan ahli korumnya.

RM9.80
RM10.00

Format: Paperback
ISBN-13: 9789832423577
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama April 2018
Jumlah Muka Surat: 351
Berat (Kg): 0.266g
Penulis: Muharikah
===========================

Sinopsis

"Macam mana kalu saya terjatuh cinta kat dia?" Ucapan Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

"Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik - adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak". Ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.

Iman tahu, Zarith hanya berguru. Tapi ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.

Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.

RM28.50
RM30.00

ISBN: 9555749700397
Penyusun: Ustazah Asma Harun
Kod: GB0641
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 208 ms
Saiz: 14.8 cm x 21.0 cm
Berat: 0.4 kg
Tarikh terbit: Disember 2020

Buku Tazkirah Time ini merupakan sebuah modul yang boleh digunakan sebagai panduan oleh seisi keluarga dalam sesi perkongsian ilmu yang diadakan di rumah.

Kandungannya yang merangkumi slot tadabbur Al-Quran, hadis, akhlak Nabi SAW, tajwid, Asma al-Husna dan pengenalan kepada tokoh-tokoh sarjana Islam, diharap dapat memberi manfaat buat seisi keluarga dalam membentuk peribadi ahli keluarga yang mencintai ilmu dan ingin bersama-sama menuju ke syurga.

RM29.00
RM30.00

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.

RM16.00
RM20.00

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
 

RM20.00
RM30.00

Buku Zikir Muslimah Solehah ini sebagai salah satu bentuk ikhtiar bagi memberikan motivasi kepada Muslimah supaya lebih bersemangat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., sekali gus menguatkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. Apabila kita menjaga doa dan zikir, amal soleh yang lain turut terjaga.
 

RM27.50
RM30.00

La haula wala quwwata illa billah.

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.

Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.

Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan.

15 bulan mereka 'homeless'. Mereka merentasi 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah.

Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari. Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran. Mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan. Mereka hampir diculik di Afghanistan.
 

RM79.00

Fasabbib Bibamdi Rabbika Was Taghfirbu lnnabu Kaana Tawwaba.

Dalam keadaan diri serba kekurangan, pengembaraan perlu diteruskan.Rancangan yang ada sekadar dorongan agar kaki masih dapat terus melangkah.Selebihnya, hati sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Musim berubah, budaya manusia dan corak hidup masyarakat yang beragam,bahasa yang asing, negara yang bergolak, fahaman agama yang berbeza,semuanya perlu dihadapi dengan tenang. Setiap hari adalah dunia baru bagi sang pengembara.
 

RM99.00

Buku ini menampilkan 150 muka surat berwarna dan bergambar pelbagai fakta sains pelik, kelakar dan menarik alam haiwan yang jarang dan mungkin tidak pernah dengar. Alam haiwan dari dalam laut, daratan dan udara dikongsikan di dalam buku yang sangat menarik.

RM35.00