Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Books/Comics/Novel
Books/Comics/Novel
Sort by
Show result

Buku ini adalah himpunan 77 resipi kek lapis Sarawak moden dan tradisional yang dimasak menggunakan kaedah bakar dan kukus

RM18.00
RM25.00

Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.

RM23.00
RM25.00

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
 

RM28.00
RM30.00

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi macam orang lain."

RM31.00
RM33.00

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Dato' Bentara, Kijem, Ijan, Kaduk, dan Jeam terpaksa curi-curi bermalam di asrama semasa cuti sekolah. Pada malam itu, Ijan secara tidak sengaja termasukkan kakinya ke dalam besen yang menjadi bekas mereka merendam mi segera dan menyebabkan mi segera itu menjadi berpuaka. Kerana tercabar dan mahu membuktikan mereka bukan pengecut, Begok, Kaduk, dan Ji'em bermain jelangkung di tangga asrama, sementara Kijem dan Ijan melompat pagar asrama untuk ke kedai mencari makanan.

RM9.80
RM10.00

Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya..

RM9.80
RM10.00

Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?

Dah, beres. Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut.

RM9.80
RM10.00

Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran.

RM9.80
RM10.00

Siapa pula yang ada di dalam dewan tu? tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang!

RM9.80
RM10.00

Tolong sama saya., rayu ah soh lagi dengan suara sayu menyeramkan. Keseluruhan tubuhnya hampir lolos keluar dari mesin basuh. Setiap kali ah soh bergerak, setiap kali itulah Manaf terdengar bunyi tulang-tulang patah. Mengilukan. Pergi sana, ah soh! Jangan kacau saya! Kenapa ah soh keluar mesin basuh macam Sadako keluar TV? Plagiat ni, plagiat! Manaf yang panik menjerit-jerit. Kasi tolong sama saya. Ah soh mendepangkan tangan, meminta Manaf menyambut tangannya.

RM9.80
RM10.00

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

RM9.80
RM10.00

Bunyi seperti guli bergolek itu sudah hampir sejam. Akhirnya kesabaran Halim hilang. Dia bangun dan mahu ke stor mencari tangga. Dia mahu melihat sendiri apa yang asyik bergolek di atas siling rumah.

Di luar bilik, dia melihat Jamali dan Saharil sedang berada di ruang tamu. Wajah mereka mengantuk dan tidak puas hati.

Hah, Halim kau pun bangun juga? soal Jamali yang terlihat masih bingung.

RM9.80
RM10.00

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

RM9.80
RM10.00