In conjunction with Hari Raya Festival, Hikoki Store will be closed from 13th ~ 16th May 2021. All order received from official website, Shopee, Lazada and PG Mall will be process on 17th May 2021. Sorry for all inconvenience and Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
RM33.00 RM35.00
Paulo Coelho : Ahli Alkimia (Edisi Bahasa Melayu)
Price RM33.00 RM35.00
Size (L x W x H) 20 cm x 13 cm x 2 cm
Reward Points 35
Points Needed 3500
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan
kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat Kawasan Piramid, Mesir.

Tajuk: Ahli Alkimia
ISBN: 9789671897614
Penerbit: Biblio Press
Editor: Hasri Hasan
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 248
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.244
Dimensi (cm): 20.1 cm x 13cm x 1.8 cm



"PAULO COELHO TAHU TENTANG RAHSIA KEAJAIBAN DALAM KESUSASTERAAN"
Kenzaburo Oe, pemenang Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan


"Satu-satunya tanggungjawab manusia ialah untuk merealisasikan takdirnya."


Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan
kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat Kawasan Piramid, Mesir.


Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak menilik, seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai seorang raja dan juga seorang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara
pencariannya.


Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adakah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan di sepanjang perjalanannya di padang pasir yang luas itu.


Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.


Cerita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah sebuah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hatinya sendiri