Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
RM19.00 RM25.00
BTS: Icons of K-Pop - Edisi Bahasa Melayu
Price RM19.00 RM25.00
Brand PTS Publication
Size (L x W x H) 19 cm x 15 cm x 2 cm
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

BTS: Bangtan Sonyeondan (Bulletproof Boy Scouts)

BTS: Icon of K-Pop melakarkan perjalanan tujuh anak muda dari Korea Selatan, dari saat debut hingga menjadi fenomena sensasi yang menggegarkan dunia dan media sosial. Buku ini membongkar asal usul setiap ahli, keunikan muzik yang mereka persembahkan serta faktor yang membezakan mereka daripada yang lain, yang menyaksikan mereka mencapai kegemilangan di peringkat global.
 
Pernahkah anda melihat kumpulan muzik seperti BTS sebelum ini?

Gerak tari yang mengagumkan, penyanyi rap dan vokalis dalam satu kumpulan? Sekumpulan anak muda yang tinggal dan berlatih bersama selama bertahun-tahun sebelum membuat persembahan pertama mereka di khalayak ramai? Muncul dalam rancangan muzik aliran utama dunia atau melakukan pelbagai cabaran aneh dan pelik di kaca televisyen? Jika anda mengikuti dunia muzik K-Pop dalam tempoh sepuluh tahun ini, anda mungkin sedar, tiada kumpulan muzik lain yang setanding BTS. Bahkan, BTS sahaja yang sudah melakukan kesemua perkara di atas.

Kisah BTS sentiasa berkait rapat dengan budaya dan tradisi dunia muzik K-Pop. Kini, mereka adalah fenomena antarabangsa. Dahulu, mereka adalah kumpulan anak muda yang berseronok menghasilkan muzik; merakamkan lagu pertama dan membuat persembahan dalam rancangan televisyen di Korea. Semua itu dilihat sebagai kejayaan paling tinggi yang dapat dicapai.